Apa yang menarik tentang shawl
- syadasyahadah1
- Jan 11, 2016
- 2 min read
hari ini aku nak kongsi pasal SHAWL dengan korang.. tahu tak apa itu shawl?
ye shawl itu ialah selendang..ada macam-macam shawl dalam dunia ni..
pashmina, syria, kain cotton, chiffon lar... dengan inner manik ke yg ada awning tak pun kosong je.. warna pelbagai.. tak terkecuali warna rumput atau biru laut semua ada.. just name it nak warna apa , mesti kedai jual.. btw alang-alang tu nak promote blogshop yg aku tahu..
iaitu blogshop Aku Gila Shawl and AndaGourgeus .. jangan lupa usha taw :)
baiklah kita proceed benda aku nak sampaikan hari ni :) boleh ke kita mengeyakan statement bahawa shawl ini tidak mendapat tempat di mata perempuan? aku nak bangkang seratus peratus sebab bagi aku out of 3 perempuan yg bertudung mesti seorang ada shawl.. so, tak leh nafikan shawl ni memang famous.. sebab tu makin banyak orang meniaga shawl la ni.. asal orang pilih shawl? kenapa tak tudung biasa? ok tudung yg empat segi itu tak pernah pupus tapi makin kurang orang guna..
mana-mana kita pergi mesti ada jual shawl tak pun budak perempuan sebelah kita pakai shawl.. dari range umur remaja sampailah ke peringkat buah dah habis masak mesti layan jugak shawl ni..korang rasa salah ke pakai shawl ni? apa pendapat korang pasal shawl ni?
bagi aku kelebihan shawl ni ialah :
tak payah susah-susah nak iron
lilit je pun dah jadi..cukup sifat tutup rambut etc
tak membazir nak beli pin banyak-banyak.. aku pakai 1 pin biasa , 2 jarum peniti setel :D
senang nak gayakan dengan dressup..apa-apa style pun masuk
walaupun warna shawl biru and baju kelabu still leh matching asalkan ada inner kelabu, pandai gaya :)
murah lagi dari tudung bawal tu.. RM 4 vs RM 10 mana korang pilih?
kain shawl lembut, serap peluh dan selesa..
lebih style dan kemas bagi aku
lagi menutup bahagian dada kalau pandai lilit
mudah nak dapat sebab merata jual benda alah ni
merapatkan kawan-kawan sebab kongsi minat shawl
ok cukup tak kelebihan aku bagi ni..? kalau tak korang tambah sendiri :P bagi aku itulah reason aku pakai shawl instead of tudung.. kalau aku rajin nak iron, siap lebih sikit baru aku prefer tudung..
itu pun dua, tiga minggu sekali.. memang dulu layan tudung tapi bila tahu shawl lagi convenient untuk aku yg memang malas ni..hehe of coz shawl the best.. tapi mungkin orang lain pendapat beza-beza kan.. tak pelah up to korang nak pakai shawl ke apa janji tak menyusahkan orang..
and niat tu baik, datang dari hati kerana tuhan..
nak add up some view of point, bagi aku kalau orang tu mula-mula wear tudung coz tengok style shawl ni cam cun je sekalipun tak salah.. sebab eventually orang tu akan terbuka hati kerana Allah.. sekurang-kurangnya dy dah halang satu dosa and dy usahakan..ingat semata-mata follow orang lain boleh kekal ke niat nak bertudung ni? susah gak.. so kita galakkan and doakan dorang berjaya ye... lagi bagus dari menghentam orang , itu hanya sifat orang yg dengki ..percaya apa aku cakap ni, orang yg bertudung lama-lama peribadi dy akan jadi lain .. hati akan lembut dan akan sopan jugaklah nak buat apa-apa..
bukan hipokrit but naturally happen kot.. jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
peace yaw !

Comments